suria

Marco Rodríguez Pengadil Separuh Akhir Jerman-Brazil

PERSEKUTUAN Bola sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan nama pengadil yang bakal mengendalikan perlawanan separuh akhir di antara Jerman dan Brazil pada 9 Julai ini.

Marco Rodriguez,40, dari Mexico dipilih menjadi pengadil perlawanan berprofil tinggi tersebut.

Sepanjang perlawanan di Brazil ini, Rodriguez telah menjadi pengadil ketika aksi peringkat kumpulan di antara Belgium bertemu Algeria dan Itali menentang Uruguay.

Aksi Piala Dunia tahun ini merupakan penglibatan ketiga Rodriguez sebagai pengadil perlawanan.

Dua edisi sebelum ini, Rodriguez 'menjaga' dua perlawanan setiap satu termasuk kemenangan Jerman 4-0  ke atas Australia 2010.

Sepanjang kariernya, Rodriguez pernah dipilih mengadili perlawanan antarabangsa lain termasuk lima edisi Piala Emas CONCACAF (2005,2007,2009,2011,2013), Copa America 2004, Bawah 20 Tahun Piala Dunia 2009 dan Bawah 17 Tahun Piala Dunia (2003,2005 dan 2013).

Di peringkat kelab, Rodriguez turut mengadili perlawanan Liga Juara-Juara dan pengalaman yang paling bermakna sepanjang menjadi pengadil adalah ketika perlawanan akhir Piala kelab Dunia 2007 di antara Boca Junior dan AC Milan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain