suria

Man United Buru Arturo Vidal, Mats Hummels

ARTURO Vidal kini menjadi sasaran Manchester United selepas pengurus pasukan itu, Louis van Gaal kagum terhadap aksinya ketika membantu Chile layak ke pusingan kalah mati.

Berikutan itu, Juventus dijangka meminta sebanyak £40 juta sebagai yuran perpindahan Vidal.



Van Gaal dilapor mahu mendapatkan Vidal, 27, bagi mengisi posisi pemain tengah selepas United berjaya menandatangani Ander Hererra dari Athletic Bilbao.

Nilai tinggi yang diletakkan untuk pemain itu tidak menjadi beban buat Van Gaal kerana dia mempunyai pilihan dengan menjual atau menukar Nani.

Selain Vidal, Van Gaal turut dilapor ingin mendapatkan pemain tengah Roma, Kevin Strootman yang kini sedang mengalami kecederaan lutut.

Selain itu, bagi mengisi kekosongan di bahagian pertahanan, pemain Borussia Dortmund dan Jerman, Mats Hummels merupakan sasara utama United.



Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain