suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Divock Origi, Lazar Markovic Jentera Baharu Liverpool

LIVERPOOL telah mencapai persetujuan dengan Lille bagi mendapatkan penyerangnya, Divock Origi selain cuba mengakhiri perbincangan membeli pemain Serbia, Lazar Markovic.

The Reds dilaporkan bersedia membayar lebih daripada £10 juta untuk mendapat Origi yang berusia 19 tahun dan akan membincangkan mengenai terma perjanjian pada minggu depan.

Divock Origi

Origi berjaya membantu skuad Belgium dengan menjaringkan satu gol ketika menentang Rusia pada aksi Piala Dunia peringkat kumpulan.

Malah kelab bimbingan Brendan Rodgers itu juga akan mendapatkan Markovic, 20, dengan nilai £25 juta.

Lazar Markovic

Kemasukkan dua pemain itu memaksa Liverpool menjual penyerangnya, Luis Suarez kepada Barcelona sebanyak  £75 juta.

Sebagai persediaan mantap menjelang aksi Liga Juara-juara Eropah, Liverpool turut membida pertahanan Southampton, Dejan Lovren sebanyak £20 juta, malangnya ditolak.

Liverpool, Belgium

Artikel Lain