suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuneyt Cakir Pengadil Separuh Akhir Argentina-Belanda

Cakir (kanan) mengarahkan pemain Rusia, Alexei Kozlov keluar padang.

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan pengadil bagi perlawanan kedua separuh akhir Piala Dunia di antara Argentina dan Belanda awal pagi Khamis.

Cüneyt Çakir dari Turki bakal mengadili perlawanan tersebut yang menjadikan aksi ketiganya pada kempen kali ini selepas Brazil lawan Mexico dan Algeria lwn Rusia.

Cakir memulakan karier antarabangsanya pada tahun 2006 dan menjadi pengadil profesional pertama bagi negara Turki.

Dia pernah dipilih mengendali perlawanan separuh akhir Euro 2012, Kelab Piala Dunia 2012, Piala Dunia Bawah 20 tahun dan kelayakan Piala Dunia.

Cakir merupakan pengadil dari Turki yang kedua terlibat dalam Piala Dunia selepas 40 tahun apabila Dogan Babacan menjadi pengadil di Jerman 1974.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain