suria

Penjaga Gol Gantian, Tim Krul Hero Belanda

KEPUTUSAN jurulatih Belanda, Louis van Gaal membuat pertukaran penjaga gol pada minit ke-118 dalam perlawanan suku akhir Piala dunia awal pagi Ahad merupakan sesuatu yang mengejutkan.

Jasper Cillessen ditukarkan dengan Tim Krul ketika masa sampai ke kemuncak dan keputusan perlawanan perlu ditentukan menerusi sepakan penalti  apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Bagaimanapun tindakan Van Gaal memperjudikan moral Krul yang beraksi dalam permainan selama dua minit sebelum berdepan sepakan penalti membuahkan hasil.

Jumping for joy: Holland's Dirk Kuyt was the first Dutch player to congratulate goalkeeper Krul

Media Brazil menggambarkan Van Gaal seakan telah mengetahui sepenuhnya rentak permainan.

Pertukaran atau tindakan memperjudikan pasukan di minit akhir membawa hasil walaupun kesebelasan utama gagal menjaringkan gol selama 120 minit beraksi.

Pujian turut diberikan kepada Robin van Persie, Wesley Sneijder, Arjen Robben dan Dirk Kuyt yang tidak henti membuat serangan bagi memastikan negara mereka dapat ke peringkat separuh akhir.

Delight and despair: Goalkeeper Tim Krul celebrates after saving a penalty from Costa Rica's Bryan Ruiz (left)

Belanda, Brazil, Costa Rica

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain