suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar Yakin Brazil Juara Piala Dunia 2014

IMPIAN penyerang Brazil, Neymar untuk memastikan negaranya muncul juara Piala Dunia masih belum berakhir walaupun dia perlu direhatkan akibat keretakkan tulang belakang.

Pemain berusia 22 tahun itu mengalami keretakkan tulang belakang selepas dirempuh oleh pertahanan Colombia, Juan Zuninga ketika pasukan tuan rumah menang 2-1.

Pemain Barcelona itu berkata, "(hasratnya) terganggu, tetapi ia masih diteruskan.

Neymar was 'one inch away' from being paralysed by Zuniga tackle

Kekasaran dan imbasan x keretakkan tulang belakang yang dialami Neymar.

"Saya yakin rakan sepasukan akan melakukan seperti impian saya, iaitu untuk menjadi juara, ia akan menjadi kenyataan."

Dalam kenyataan Neymar yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Brazil itu, dia turut memberitahu, "Impiannya juga adalah untuk beraksi dalam perlawanan akhir Piala Dunia, tetai kali ini ia tidak berlaku.

"Saya pasti kami akan memenangi piala dan menjadi juara. Saya akan bersama mereka dan penyokong Brazil lain untuk meraikannya nanti.

Sementara itu, ketua pasukan perubatan, Dr Rodrigo Lasmar mengesahkan bahawa Neymar perlu direhatkan sehingga tamat saingan Piala Dunia akibat keretakkan tulang belakang.

Artikel Sebelum

Hamilton Juara GP Britain

Artikel Berikut

Artikel Lain