suria

Federer Jumpa Djokovic Aksi Final Wimbledon

Roger Federer

ROGER Federer menempah tiket ke final Wimbledon selepas menewaskan Milos Raonic 6-4 6-4 6-4 pada aksi separuh akhir awal pagi Sabtu.

Federer bakal mencatat rekod kelapan All England Club dengan berdepan juara 2011 dan pemain pilihan pertama, Novak Djokovic.

Juara 17 kali grand slam memulakan permainan dengan baik dan konsisten sehingga set terakhir perlawanan.

Bagaimanapun Federer turut berhati-hati dengan pemain muda 23 tahun dari Kanada itu yang lebih gemar membuat servis panjang.

Namun ternyata pengalaman memisahkan antara kedua pemain ini sekaligus Federer,32, hanya mengambil masa 42 minit untuk mengetepikan Raonic.

"Saya tidak percaya mara ke final sekali lagi," katanya yang telah mencatat keputusan baik sepanjang tahun ini.

"Corak permainan saya telah kembali yang sepatutnya ia datang tahun lalu.

"Tahun lalu saya menghadapi saat sukar dan saya cuba bangkit bekerja keras bagi mengembalikan corak permainan sebenar," katanya.

Menjelang aksi final bertemu Djokovic ini, rekod perlawanan menyebelahi Federer dengan 18-16, kelebihan dua dalam tiga kejohanan terakhir sebelum ini.

Kali terakhir mereka bertemu di gelanggang rumput pada tahun 2012 dengan menyaksikan Federer menang perlawanan ini.

"Bagi saya, apa yang penting adalah perlu kekalkan aksi agresif ketika bermain dengannya. Leebih-lebih lagi di Wimbledon...kerana perlawanan di gelanggang rumput lebih mudah dan kami sedar tentang situasi ini," katanya.

wimbledon, roger federer, final, djokovic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain