suria

Permusuhan Alan Shearer Dan Ruud Gullit Sejak 15 Tahun Berakhir

PERMUSUHAN antara Alan Shearer dan Ruud Gullit sejak 15 tahun lalu kelihatan berakhir apabila mereka berdua tampil bersama pada satu rancangan televisyen BBC.

Dalam rancangan ulasan pertemuan Perancis dengan Jerman itu, seorang lagi tetamu ialah bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand.

Permusuhan antara kedua-dua pemain terbabit wujud ketika mereka beraksi untuk Newcastle United dibawah kendalian Duncan Ferguson.

At it again: Gullit (left) and Shearer (right) are reunited in the BBC studio

Kemuncaknya permusuhan mereka berlaku apabila Newcastle tewas 1-2 kepada Sunderland, pergaduhan di dalam padang antara kedua-dua pemain telah membawa masalah lebih besar kepada pasukan.

Shearer ketika itu berkata, dia akan meninggalkan kelab berkenaan sekiranya Gullit kekal bermain.

Berikutan itu, Gullit meninggalkan Newcastle dan ia telah mewujudkan permusuhan sehingga mereka dipertemukan semula oleh BBC di Brazil.



Newcastle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain