suria

Neymar Alami Keretakan Tulang Belakang, Terlepas Aksi Separuh Akhir

PASUKAN tuan rumah Piala Dunia, Brazil kehilangan tonggak utamanya, Neymar yang mengalami keretakan serius pada tulang belakang.

Bintang Brazil berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan selepas dirempuh dari belakang oleh pemain Colombia Juan Zuniga.

Dalam perlawanan suku akhir itu, Brazil layak ke separuh akhir selepas menewaskan Colombia 2-1.

Neymar yang menjaringkan empat gol untuk pasukannya dikejarkan ke hospital sejurus diusung keluar dari padang.

Pasukan perubatan yang diketuai oleh Doktor Rodrigo Lasmar memberitahu media Brazil, pemain itu perlu direhatkan sekurang-kurangnya empat minggu akibat keretakkan tulang belakang.

"Kecederaan ini tidak begitu serius hingga perlu menjalani pembedahan besar, tetapi Neymar perlu masa sekurang-kurangnya empat minggu untuk sembuh.

"Masa terbaik untuk dia bermain semula adalah selepas enam minggu berehat. Tetapi sekarang begitu awal untuk membuat jangkaan itu.

"Biarkan dia menjalani rawatan dan pemeriksaan rapi dahulu sebelum disahkan dapat bermain semula," katanya.

Cynical: With the ball nowhere near Juan Zuniga smashes his knee into the lower part of Neymar's back

Juan Zuniga didakwa merempuh belakang Neymar menggunakan lutut sehingga menyebabkan tulang belakang pemain itu retak.

Man down: The Barcelona forward falls to the ground after the challenge that leaves him a doubt for the semi

End of the line: Neymar is carried down the tunnel with his World Cup over

Complaints: Defender Marcelo gesticulates as his team's star man lies prone on the ground in Fortaleza

Iced: Brazil's World Cup challenge will be significantly more difficult if they are without their key man




Brazil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain