suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerman Singkir Perancis Mara Ke Separuh Akhir Piala Dunia

PASUKAN Jerman mara ke separuh akhir selepas mengetepikan Perancis 1-0 pada saingan suku akhir yang berlangsung di Stadium Maracana awal pagi Sabtu.

Gol tunggal pada minit ke-12 oleh Mats Hummels selepas menerima hantaran Toni Kross di kawasan kotak penaltil, melepasi pemain pertahanan Perancis, Hugo Lloris.

Kedua-dua pasukan gagal mencari gol tambahan pada babak kedua sehingga ke wisel penamat.

Jerman yang dibimbing Joachim Loew tampil dengan formasi berlainan berbanding perlawanan sebelum ini.

Miroslav Klose mengetuai barisan depan disokong Thomas Muller, Sami Khedira di bahagian tengah serta Philip Lahm berpindah ke bahagian kanan pertahanan.

Jerman menyamakan rekod aksi Piala Dunia 2006 dan 2010 dengan mara ke separuh akhir dan berada di tempat ketiga pada kedua-dua edisi tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain