suria

Kecoh Jersi Baru Man Utd Tersebar Di Internet

Imej yang dikatakan jersi baru Manchester United musim depan kini tersebar di internet.

PARA peminat tegar Manchester United kini kecoh dengan penyebaran jersi baru kelab itu untuk musim depan yang dikatakan telah disebarkan melalui internet hanya beberapa hari sebelum ia diumumkan secara rasmi.

Manchester United dijadualkan memperkenalkan jersi baru mereka pada Isnin depan.

Daripada apa yang dapat disaksikan dari foto yang tersebar luas di internet itu, jersi baru tersebut muncul dengan imej penaja baru iaitu logo kereta buatan Amerika, Chevrolet di tengah-tengah.

Chevrolet dikatakan telah membayar hak eksklusif untuk muncul di jersi utama United dalam perjanjian bernilai £53 juta.

Jersi baru ini juga memperlihatkan rekabentuk baru jalur warna hitam dan putih iaitu warna rasmi bendera kelab pada pada bahagian kolar dan lengan.

Walaupun rekabentuk kolar adalah bulat tetapi terdapat sebutir butang di tengah-tengah bawah kolar untuk menutupnya kemas.

Di belakang kolar, tertera logo 'black devil' United iaitu logo ikonik kelab tersebut sempena mengambil nama samarannya The Red Devil's.

Manchester United, Chevrolet

Artikel Berikut

Artikel Lain