suria

Argentina, Sepanyol Tagih Sentuhan Simeone

NAMA Diego Simeone menjadi tumpuan tahun ini selepas membawa Atletico Madrid menjuarai La Liga pada  final Liga Juara-Juara musim lalu.

Kelibat Simeone itu menjadi tarikan dua negara yang inginkan sentuhnya.

Simeone menjadi calon utama Sepanyol sekiranya Vicente del Bosque meletak jawatan selepas aksi buruk Piala Dunia tahun ini.

Manakala negaranya, Argentina juga turut mahukan jurulatih berusia 44 tahun ini bagi mengendalikan kebangsaan sekiranya Alejandro Sabella gagal dalam aksi suku akhir Piala Dunia bertemu Belgium Ahad ini.

Keputusan mengenai masa depan Del Bosque sudah pun tamat tempoh dan jika perlantikan Simeone itu menjadi kenyataan, ia bakal menjadikan dia sebagai jurulatih asing pertama yang menguruskan La Roja buat kali pertama dalam tempoh setengah abad.

Manakala kedudukan Sabella hanya akan selamat hanya dengan menjuarai Piala Dunia.

Simeone mencatat 106 kap bersama Argentina. Selepas bersara, dia mengambil tugas sebagai jurulatih sehingga dilantik membimbing kelab Atletico 2011.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain