suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Pemain Jerman Diserang Selsema

Loew (dua kanan) berbincang sesuatu dengan pemain-pemainnya ketika sesi latihan.

TUJUH pemain Jerman diserang simptom selsema, 24 jam sebelum aksi suku akhir Piala Dunia bermula.

Bagaimanapun jurulatih Joachim Loew tidak mendedahkan nama-nama pemain yang terkena jangkitan itu.

"Satu pertiga daripada pemain-pemain saya mengadu sakit tekak. Namun semua pemain masih boleh menjalani latihan.

"Mereka mengalami sejuk badan sedikit namun tidak terlalu lemah. Saya harap keadaan mereka tidak semakin teruk menjelang lewat malam," jelas Loew.

Mats Hummels dan Cristoph Kramer mengalami masalah kesihatan itu awal minggu ini yang menyebabkan mereka tidak beraksi pada perlawanan bertemu Algeria Isnin lalu.

Loew percaya faktor cuaca di Brazil dengan iklim yang berbeza, perlawanan dalam keadaan cuaca panas, hujan, sejuk menyumbang kepada kadaan tidak sihat pemain-pemainnya.

"Kadang kala kamu akan mengalami masalah dan perlu menunggu beberapa hari untuk pulih. Seperti Mats Hummels, dia mengalami keadaan teruk pada hari ketiga dengan demam," tambahnya.

piala dunia, jerman, joachim loew

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain