suria

Tenis Wimbledon: Bouchard Jumpa Kvitova Di Final

Eugenie Bouchard.
EUGENIE Bouchard menewaskan pemain pilihan ketiga kejohanan, Simona Halep  7-6 6-2 pada aksi separuh akhir, tengah malam Khamis.

Kemenangan itu akan menyaksikan Bouchard yang juga pemain pilihan ke-13 bertemu  bekas juara kejohanan itu pada 2011, Petra Kvitova di final, Sabtu.

Pemain Kanada itu mara ke separuh akhir pada kejohanan Terbuka Australia dan Terbuka Perancis pada tahun ini tetapi akan mempertaruhkan nasibnya pada grand slam final pertamanya pada Sabtu.

"Saya menjangka keputusan terbaik seperti ini. Ia adalah satu langkah pada jalan yang betul. Saya akhirnya dapat beraksi di final.

"Anda tahu, saya masih mempunyai satu lagi perlawanan, jadi saya masih belum mahu meraikan kejayaan ini sepenuhnya," katanya.

Bouchard berkata pertembungan dengan Kvitova pasti sengit dan sukar, jadi dia perlu membuat persiapan rapi dari segi fizikal dan mental untuk mengharungi perlawanan itu.

"Saya sentiasa percaya saya boleh menang setiap kali saya melangkah ke gelanggang. Saya akan melakukan yang terbaik, kita tunggu dan lihat saja nanti," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Tenis Wimbledon

Artikel Lain