suria

Jurulatih Costa Rica Bimbang Aksi Drama Robben

Pinto (tengah) memantau pemain-pemainnya menjalani latihan terakhir sebelum bertemu Belanda.

JURULATIH Costa Rica, Luis Pinto mendesak pengadil Ravshan Irmatov agak membuka mata kepada pemain Belanda, Arjen Robben menjelang perlawanan suku akhir awal pagi Ahad. 

"Kami sangat bimbang dengan aksi Robben yang suka menjatuhkan badan secara sengaja," jelas Pinto kepada media pada Jumaat.

"Saya mahu meminta kepada FIFA dan pengadil agar lebih peka dan berhati-hati dengan aksi pemain itu kerana ia boleh memberi kesan besar kepada keputusan perlawanan."

Robben menjadi salah seorang pemain cemerlang pada aksi Piala Dunia kali ini dengan mencetak tiga gol menjadi perbualan selepas dramanya menjatuh badan ketika aksi menang 2-0 ke atas Mexico Ahad lalu.

"Saya yakin yakin antara salah seorang daripada tiga atau pemain terbaik dunia.

"Di sebalik itu, kami perlu akui terdapat juga kesilapan dalam pengadilan dan pengadil perlu lebih peka kerana kami sangat bimbangkan Robben.

"Dia sendiri mengaku kelakuannya itu, jadi saya harap pengadil dan pembantunya lebih berhati-hati. Saya sangat menghormati FIFA dan pengadil," tambah Pinto.

Saingan suku akhir ini begitu bermakna buat Cpsta Rica selepas kali selepas kali pertama mencatat rekod cemerlang bermain di peringkat ini.

Artikel Lain