suria

Di Maria Bawa Argentina Ke Aksi Suku Akhir

Messi (kanan) meraikan jaringan gol yang dilakukan Di Maria.
ANGEL Di Maria menjaringkan gol pada minit akhir masa tambahan sekaligus menewaskan Switzerland 1-0 pada aksi pusingan kalah akhir awal pagi Rabu.

Perlawanan yang sedikit membosankan apabila kedua-dua pasukan bermain penuh berhati-hati dan gagal memanfaatkan peluang gol yang mereka ciptakan.

Jaringan Di Maria pada minit ke-118 itu hasil daripada hantaran Lionel Messi.

Switzerland dilihat mmpu menjaringkan gol pada babak pertama dan berpeluang memenangi aksi ini dengan Granit Xhaka dan Xherdan banyak mengucar kacirkan benteng pertahanan Argentina.

Bagaimanapun drama tampa gol berterusan sehingga memaksa permainan diheret ke masa tambahan.

Gol tunggal Di Maria tersebut menyelamatkan kedua-dua pasukan berentap pada aksi penentuan penalti.

Senarai pemain:

Argentina: Romero, Zabaleta, Garay, Fernandez, Rojo , Gago, Mascherano , Di Maria, Messi, Higuain, Lavezzi. (simpanan) Palacio, Basanta, Biglia.

Switzerland: Benaglio , Rodriguez, Schar Djourou, Lichtsteiner, Inler, Behrami, Mehmedi, Xhaka, Shaqiri , Drmic. 9simpanan) Seferovic, Fernandes, Dzmaili.

argentina, switzerland, piala dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain