suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adam Lallana Teruja Beraksi Untuk Liverpool Bersama Rickie Lambert

ADAM Lallana yang telah menyelesaikan perpindahan bernilai £25 juta dari Southampton ke Liverpool kini tidak sabar untuk beraksi bersama bekas rakan sepasukanya, Rickie Lambert.

Pertemuan semula antara Lallana dan Lambert membuatkan pemain itu lebih teruja apabila mereka juga bakal beraksi dalam Liga Juara-juara Eropah.

Lambert akan menyertai Liverpool dengan yuran perpindahan sebanyak £4 juta pada musim panas ini.

"Saya begitu teruja dengan peluang mengembangkan karier pada masa depan, apatah lagi beraksi untuk kelab istimewa seperti Liverpool," katanya yang diberikan jersi bernombor 20.

Jelasnya, jasa Liverpool yang memberikan peluang tersebut akan dibalas sebaiknya dengan aksi terbaik.

"Saya harap dapat menyumbangkan sesuatu kepada pasukan, memenangi trofi adalah matlamat utama dan kerana itu jugalah saya di sini," ujarnya.

Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain