suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

De Bruyne Dan Lukaku Singkir AS, Belgium Mara Ke Suku Akhir

Romelu Lukaku meraikan kemenangan buat pasukannya selepas menewaskan Amerika Syarikat dengan 2-1 pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2014 di Arena Fonte Nova di Salvador, Brazil awal pagi Rabu. Foto AP

PENYERANG Romelu Lukaku yang tampil mengecewakan di sepanjang perlawanan Belgium dalam Kumpulan H Piala Dunia 2014, kembali menunjukkan taringnya pada pusingan kedua temasya sukan itu apabila berjaya menyingkirkan Amerika Syarikat (AS). 

Kolaborasinya bersama Kevin De Bruyne di Arena Fonte Nova di Salvador, Brazil awal pagi Rabu turut membawa pasukan itu ke suku akhir Piala Dunia.

De Bryune dan Lukaku masing-masing meraih jaringan pada minit ke-93 dan 105.

AS yang terpaksa tunduk dengan Belgium hanya memperoleh satu jaringan menerusi aksi Julian Green pada minit ke-107.

Belgium akan bertembung dengan Argentina pada perlawanan suku akhir Ahad ini.

Senarai pemain:

Belgium: Courtois, Alderweireld, Kompany, Vertonghen, Witsel, De Bruyne, Fellaini, Hazard, Mertens, Mirallas, Van Buyten, Origi, Lukaku.

AS: Howard, Gonzalez, Bradley, Besler, Beasley, Dempsey, Bedoya, Green, Jones, Zusi, Wondolowski, Cameron, Johnson, Yedlin.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain