suria

Barcelona Puji Tindakan Suarez Mohon Maaf

PENGARAH Sukan Barcelona, Andoni Zubizarreta menganggap Luis Suarez sebagai pemain yang bersikap rendah diri apabila memohon maaf secara terbuka kerana mengigit Giorgio Chiellini.

Pemain berusia 27 tahun itu dikaitkan dengan Barcelona walaupun terpaksa menjalani hukuman selama empat bulan kerana tindakannya mengigit bahu pemain pertahanan Itali.

"Suarez telah menunjukkan sikap terpuji apabila dengan rendah diri mengakui kesilapan yang dilakukan serta meminta maaf.

"Semua orang tahu bahawa Suarez merupakan penyerang terbaik pada musim lalu di Liga Perdana Inggeris, malah dia juga terkenal sebagai pemain Liverpool" ujarnya.

Permohonan maaf Suarez pada Isnin didakwa mempunyai kaitan dengan perpindahannya ke Barcelona.

Penyerang uruguay itu telah menjaringkan sebanyak 31 gol dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu untuk dianugerahkan Kasut Emas.

Luis Suarez, Liverpool, Barcelona, Uruguay

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain