suria

Jurulatih Queiroz Tinggalkan Iran Selepas Piala Dunia

Queiroz akan meninggalkan pasukan Iran sebaik sahaja Piala Dunia 2014 berakhir.

CARLOS Queiroz akan berundur sebagai jurulatih Iran selepas aksi Piala Dunia 2014 kerana tidak mendapat sokongan daripada kerajaan negara itu.

Jurulatih kelahiran Mozambique ini berkata, perbincangan telah diadakan dengan Persatuan Bola Sepak Iran dan menjelaskan dia tidak akan bersama pasukan pada Piala Asia 2015 di Australia.

"Ya, hubungan kami akan berakhir di sini (Piala Dunia),” jelas bekas pengurus Real Madrid ini.

“Pasukan tidak disokong oleh pihak kerajaan…mereka tepaksa berbuat demikian kerana masalah kewangan.

“Kami telah berbincang dan saya mengambil keputusan tidak berada di sini.”

Sementara itu, Iran akan bertemu pasukan pilihan, Argentina Sabtu ini sebelum aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Bosnia.

Bagaimana pun Queiroz tetap menaruh harapan agar pasukan ini akan berada dalam kelompok 16 pasukan buat kali pertama.

Pada perlawanan pembukan Kumpulan F Isnin lalu, Iran berjaya mengikat Nigeria 0-0.

Jurulatih Iran, Carlos Queiroz

Artikel Sebelum

Artikel Lain