suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Schumacher Buat Isyarat Angguk, Respon Suara Isteri

BEKAS juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher menunjukkan tanda lebih positif selepas membuat isyarat angguk sebagai cara berkomunikasi dengan doktor dan staf.

Schumacher ,45, turut membuka mata dan berada dalam keadaan sedar ketika proses pemindahannya dari sebuah hospital di Perancis ke sebuah hospital pemulihan di Switzerland.

Pada Isnin lalu, Schumacher dipindahkan ke Lausanne dari Hospital Universiti Grenoble yang menjadi pusat pemulihannya selepas mengalami kecederaan otak akibat kemalangan ketika bermain ski Disember lalu.

Hospital Universiti Lausanne yang menempatkan Schumacher untuk proses pemulihan.


Agensi berita Swiss berkata, sepanjang perjalanan itu, Schumacher tidak bercakap tetapi hanya mengangguk sebagai isyarat kepada doktor dan kakitangan ambulan. 

"Sepanjang perjalanan 120 batu (193 kilometer) dia membuka matanya untuk tempoh yang lama," jelas agensi berita Swiss itu.  

Sementara itu, Pengarah Unit Neuroscience Hospital Universiti  Lausanne, Dr Richard Franckowiak, berkata: "Perjalanan Schumacher berjalan sangat lancar".

Tambah Dr Franckowiak, pihaknya amat komited untuk melindungi privasi Schumacher serta keluarganya.

Dalam pada itu, Schumacher dilihat memberi tindak balas terhadap suara isterinya, Corinna.

Suara Corinna dikatakan mampu memberi kesan kepada Schumacher berbanding orang lain.
Michael Schumacher, F1

Artikel Berikut

Artikel Lain