suria

Ramsey Berbulan Madu Di Venice

Ramsey bersama isterinya, Rowlands.

PEMAIN tengah Arsenal Aaron Ramsey berkongsi gambar bulan madunya di laman Instragram selepas mengahwini Collen Rowlands minggu lalu.

Rowlands merupakan kawan baik Ramsey sejak kanak-kanak lagi dan memilih untuk berkahwin di tempat lahirnya, Wales.

Ramsey tiba di Caldicot Castle dengan menaiki helikopter sempena hari pentingnya itu. Rakan di Arsenal, Theo Walcott yang tidak beraksi pada Piala Dunia kerana mengalami kecederaan turut hadir pada majlis perkahwinan ini, diikuti bintang Real Madrid Gareth Bale dan rakan sepasukan negaranya, Craig Bellamy.

Dalam pada itu, Ramsey,23, meminta semua tetamunya agar tidak membeli hadiah untuk dirinya, sebaliknya dia menyarankan duit tersebut didermakan kepada Parkinsons United Kingdom (UK). 




Sementara itu, berada di kota romantik Venice tidak menghalang Ramsey daripada menonton aksi Piala Dunia dan meneliti jadual perlawanan Arsenal musim ini.

"Saat berbulan madu saya tetap diutamakan. Mungkin satu hari nanti Wales akan beraksi di sana (Piala Dunia)," jelasnya. 

Ramsey berkata di laman Twitternya: 'Teruja melihat jadual perlawanan musim baharu ini. Tidak sabar untuk bermain di tempat sendiri bertemu Palace!'
aaron ramsey, arsenal, kahwin

Artikel Lain