suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Oxlade-Chamberlain Terlepas Aksi Bertemu Uruguay

Oxlade-Chamberlain menjalani latihan ringan.

PEMAIN sayap England, Alex Oxlade-Chamberlain bakal terlepas aksi Piala Dunia Kumpulan D bertemu Uruguay awal pagi Jumaat.

Kecederaan lutut yang dialami Oxlade-Chamberlain ketika menyertai perlawanan pemanas badan bertemu Uruguay 4 Jun lalu.

"Dia tidak akan bermain pada aksi bertemu Uruguay, tetapi dijangka akan menyertai latihan penuh bagi perlawanan seterusnya.

"Hari ini sesi latihan terakhir...individu. Agak terhad bagi kami untuk memasukannya dalam senarai pemain bagi perlawanan ini. Namun agak baik baginya kerana ada peluang empat hari selepas aksi ini untuk membuat persiapan bertemu Costa Rica.

"Berita baik juga buat pasukan mengenai kecederaannya yang semakin baik," jelas Hodgson mengenai pemain muda berusia 20 tahun itu.

Sementara itu, England tewas 2-1 pada aksi pembukaan bertemu Itali, manakala Uruguay turut tewas 3-1 kepada Costa Rica.

The Three Lions ini akan bermain aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Costa Rica di Belo Horizonte pada 24 Jun ini.

Artikel Lain