suria

Bekas Pengurus Celtic Jadi Petugas Media Piala Dunia

Lennon (kiri) berpakai vest media sambil melihat pemain Sepantol yang hampa selepas tewas 0-2 kepada Chile dalam saingan kumpulan B Piala Dunia di Brazil pada Rabu.

BEKAS pengurus Celtic, Neil Lennon dilihat memilih kerjaya berbeza apabila ditemui memakai vest merah jambu seperti yang digunakan petugas media pada perlawanan Sepanyol bertemu Chile di Stadium Maracana di Rio pada Rabu.

Lennon yang berjaya membawa Celtic merangkul empat piala sepanjang empat tahun dipercayai sebahagian daripada petugas media sempena kempen Piala Dunia Brazil.

Dalam siaran ulasan Piala Dunia BBC, Lennon tampil sebagai tetamu bersama individu lain.

Voicing an opinion: Lennon (left) is currently a TV pundit for the BBC's coverage of the World Cup

Lennon (kiri) ketika menjadi tetamu dalam program Piala Dunia oleh BBC.

Penampilan Lennon sebagai petugas media ternyata mengejutkan kumpulan media sendiri selain petugas pasukan Sepanyol yang mengenalinya.

Bagaimanapun, Lennon kelihatan selesa dengan 'kerjaya' baharu itu walaupun dirinya dianggap sebagai antara pengurus yang berjaya.

Pada 2012, Lennon berjaya membawa Celtic ke saingan Liga Juara-juara Eropah sebelum pasukan tersebut tewas kepada Barcelona 2-1.

Serial winner: Lennon won three league titles and two Scottish Cups in his four years as Celtic boss

Lennon mencium Piala Liga Scotland ketika membawa Celtic menjuarainya.

Celtic

Artikel Lain