suria

Bacary Sagna Sah Milik Manchester City

MANCHETSER City mengesahkan bahawa pertahanan Arsenal, Bacary Sagna telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama pasukan itu.

Pemain berusia 31 tahun yang boleh bermain sebagai pertahanan tengah akan memulakan latihan bersama City  di Amerika selepas membantu Perancis pada kempen Piala Dunia.

Kenyataan yang dikeluarkan City di laman webnya berkata, " Manchester City ingin mengumumkan Bacary Sagna akan bersama kelab ini untuk musim depan. Pemain berusia 31 tahun itu mengakhiri urusan perpindahan menerusi kontrak selama tiga tahun dan kini dia sedang menjalankan tanggungjawab bersama skuad Perancis.

"Sagna mempunyai banyak pengalaman sebagai pemain pertahanan dan telah mewakili Arsenal sebanyak 213 kali selepas berhijrah dari Auxerre pada 2007.

"Dia akan memakai jersi nombor 3, iaitu nombor sama ketika menyarung jersi Arsenal.


Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain