suria

Roberto Mancini Tinggalkan Galatasaray

ROBERTO Mancini meninggalkan Galatasaray melalui persetujuan bersama selepas mengemudi pasukan itu selama setahun.

Bekas jurulatih Manchester City itu memberitahu Gazzetta dello Sport, "Sebagai jurulatih saya faham akan tuntutan kelab. Bagaimanapun, apabila saya menerima jawatan, pasukan mempunyai sasaran yang berlainan.

"Dalam tempoh lapan bulan lalu dengan permulaan yang mencabar, saya telah melakukan tugas dengan sasaran yang diberikan iaitu untuk melayakkan Gala ke Liga Juara-juara Eropah selain menjulang Piala Turki serta menghuni tangga kedua liga sekurang-kurangnya.

"Ia sesuatu yang sedih apabila saya perlu  meninggalkan Istanbul dan penyokongnya yang hebat."

Galatasaray menamatkan saingan Liga Super Turki dibelakang Fenerbahce dan memenangi Piala Turki walaupun pasukan itu baru mendapat sentuhan Mancini pada tahun pertama.

"Hubungan kelab dengan Roberto Mancini dan kontraknya yang ditandatangani pada 1 Oktober, 2013, telah ditamatkan dengan persetujuan bersama," menurut Galatasaray.

"Kami dengan sepenuh hati mengucapkan terima kasih kepada beliau yang membantu mencipta kejayaan bersama kelab," ujarnya.

Mancini, yang mempunyai baki kontrak selama dua tahun dikaitkan akan mengendalikan sebuah kelab Serie A iaitu Lazio.

Roberto Mancini, Galatasaray

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain