suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PSG Sahkan Perjanjian Dengan David Luiz

David Luiz
PARIS Saint-Germain (PSG) mengesahkan perjanjian lima tahun dengan pemain pertahanan Brazil, David Luiz yang juga pemain dari kelab Chelsea.

Kelab tersebut mencapai persetujuan pemindahan pada Mei tetapi mengambil masa selama tiga minggu untuk terma peribadi untuk dipersetujui.

"Sejak kali pertama saya berhubung dengan Paris St Germain, saya amat gembira," pemain itu memberitahu laman web kelab.

"Ini merupakan kelab yang besar dengan sejarah yang besar. Ia adalah satu langkah baru dalam hidup saya dan saya tidak sabar untuk bermain untuk Paris dan menunjukkan apa yang boleh saya lakukan."

Pemain berusia 27 tahun itu tiba di Chelsea dari Benfica pada Januari 2011, tetapi bergelut untuk menguasai kedudukan tetap.

Bekas bos The Blues Rafa Benitez meletakkannya sebagai peranan induk di bahagian tengah, sebelum Jose Mourinho kembali ke Stamford Bridge dan menyebabkan Luiz kembali terpinggir.

Luiz menyertai skuad Parc des Princes yang turut disertai pemain Sweden Zlatan Ibrahimovic dan rakan sepasukannya dari Brazil Lucas Moura.

Thiago Silva dan Luiz merupakan rakan pertahanan di bahagian tengah apabila negara tuan rumah itu bermain dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia pada Khamis dengan kemenangan 3-1 ke atas Croatia.
PSG, David Luiz, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Lain