suria

Pemain Perlu Profesional Jika Ingin Berjaya - Abdul Rahman

KUALA TERENGGANU: Terengganu tidak boleh pergi jauh dalam saingan Liga Super tahun ini jika para pemain masih bersikap tidak profesional dan tidak berdisiplin dalam 90 minit permainan, kata jurulatih Terengganu Abdul Rahman Ibrahim.

Beliau kecewa dengan persembahan anak buahnya yang tewas 1-4 di tangan Selangor, di laman sendiri malam tadi.

Katanya pemain Terengganu yang ketika ketinggalan 1-2 pada babak kedua ghairah mencari gol penyamaan, tetapi mengabaikan posisi pertahanan hingga skuad Red Giants pantas merebut peluang melakukan serangan balas dengan menyumbat dua gol lagi selang dua minit di saat akhir perlawanan (min-88 dan 900.

"Terengganu sudah ketinggalan mata berharga untuk bersaing di puncak liga. Mereka tidak bermain dengan disiplin dan profesional," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kekalahan Terengganu itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam Selasa.

Abdul Rahman berkata Terengganu tidak sepatutnya kalah seteruk itu kerana Selangor ketika itu bermain dengan 10 orang, setelah seorang penyerangnya dilayangkan kad merah.

Terengganu kini menduduki tangga ketiga carta dengan 31 mata di belakang pendahulu liga, Selangor (37 mata) dan JDT (35 mata) setelah 18 perlawanan setakat ini.


Terengganu

Artikel Lain