suria

Sepp Blatter Didesak Berundur Sebagai Presiden Fifa

Sepp Blatter
PRESIDEN Persekutuan Badan Induk Bola Sepak Dunia (Fifa), Sepp Blatter menerima desasakan supaya berundur daripada terus mengetui badan itu berikutan dakwaan rasuah terhadapnya ketika pembidaan tuan rumah Piala Dunia Qatar 2022.

Presiden Persatuan Bola Sepak Belanda, Michael van Praag berkata, Blatter tidak sepatutnya mencalonkan diri untuk pemilihan semula tahun depan kerana imej Fifa sudah tercalar ketika era kepimpinannya.

Menurut Van Praag: "Orang mengaitkan Fifa dengan rasuah dan pecah amanah."

Pada Selasa Blatter mengadakan pertemuan dengan delegasi UEFA setelah mendapat sokongan daripada lima konfederasi Fifa yang lain.

Selain itu Naib Pengerusi FA, David Gill turut menggsa supaya Blatter tidak bertanding semula pada pemilihan akan datang.

Beliau berkata keputusan Blatter untuk bertanding semula pada 2015 adalah mengecewakan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Malaysia

Artikel Lain