suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mario Balotelli, Loic Remy Ke Arsenal?

JUARA Piala FA, Arsenal akan menjadikan penyerang Itali, Mario Balotelli sebagai pemain pertama yang menurunkan tandatangan untuk bersama skuad berkenaan ada musim panas ini.

Dakwaan penghijrahan Balotelli ke Arsenal semakin nyata apabila AC Milan  memutuskan untuk menjual penyerangnya kepada Arsenal atau Liverpool pada musim panas ini.

Malah dakwaan itu turut disahkan oleh sumber dalaman Arsenal yang memberitahu Balotelli lebih cenderung untuk bersama Arsenal berbanding Liverpool.

Urusan pembelian Balotelli kini dilaporkan sedang diusahakan oleh orang tengah dengan Arsenal sedia membayar yuran perpindahan sebanyak £20 juta.

Balotelli berhijrah ke AC Milan dari Manchester City sejak 18 bulan lalu dengan yuran perpindahan sebanyak £17 juta.

Selain itu, Arsenal juga bersedia mendapatkan Loic Remy yang dipinjamkan ke Newcastle bagi memastikan pasukan tersebut mampu bersaing dengan kelab lain pada musim depan.

AC Milan, Arsenal

Artikel Lain