suria

Van Gaal Arah United Dapatkan Hummels, Schweinsteiger, Muller

LOUIS van Gaal mahu Pengerusi Eksekutif Manchester United Ed Woodward mendapatkan tiga bintang Jerman iaitu Mats Hummels, Bastian Schweinsteiger dan Thomas Muller dalam tempoh terdekat.

Pengurus baharu United yang sedang memberi tumpuan terhadap skuad Piala Dunia Belanda ketika ini berharap pembelian pemain itu dapat diselesaikan dalam beberapa minggu lagi.

Forward planning: Louis van Gaal wants Manchester United to work on transfer deals while he leads Holland at the World Cup in Brazil

Ia termasuk mengakhiri penghijrahan pertahanan kiri Southampton, Luke Shaw ke United.

Usaha United untuk mendapatkan ketiga-tiga bintang Jerman bernilai lebih £100 juta itu bagaimanapun berdepan masalah apabila Borussia Dortmund enggan melepaskan Hummels manakala Muller turut diminati Barcelona.

Schweinstiger juga mungkin berdepan masalah untuk dijual oleh Bayern Munich selepas dia diberikan kontrak panjang oleh kelab berkenaan.

Bastian Schweinsteiger in action against Mainz Bayern Munich forward Thomas Muller in unsure of his role at the club

Bintang Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger (kiri) dan Thomas Muller (kanan) kini dikehendaki Van Gaal untuk memantapkan Manchester United.

On the move? Borussia Dortmund will be reluctant to let star defender Mats Hummels leave
Mats Hummels

Muller, 24 kini berasa dipinggir oleh pengurus, Pep Guardiola dan memohon Bayern meletakkan dirinya sebagai pemain utama jika mahu dia kekal.

Schweinsteiger, 29, bagaimanapun bersiap sedia untuk berhijrah ke United.

Kedua-dua pemain berkenaan berada dibawah kendalian Van Gaal pada tahun 2010 sehingga berjaya membawa Bayern menjuarai Liga Juara-juara Eropah.

Ketika mengemudi Bayern, Van Gaal berjaya menukar karektor  Schweinsteiger sebagai penyerang kepada pemain tengah selain membawa Muller yang mewakili skuad remaja ke pasukan utama.

Kedua-dua pemain berkenaan juga dilaporkan lebih gembira untuk bersama Van Gaal di United berbanding kekal di Bayern dibawah kendalian Guardiola.  


 

Manchester United, Bayern Munich

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain