suria

Redknapp Turut Sarankan Lampard Ke New York

Harry Redknapp. Foto AFP

PENGURUS Queens Park Rangers, Harry Redknapp turut bersetuju dengan pandangan berhubung masa depan Frank Lampard. Beliau menilai New York City FC bakal menjadi kelab bolak sepak yang tepat bagi pengembangan karier pemain itu.

Selepas pengumuman akan meninggalkan Chelsea, Lampard terus dikaitkan dengan New York City FC. Kelab MLS (Liga Amerika Syarikat) itu baharu sahaja ditubuhkan pada 21 Mei 2013.

"Akan menjadi tarikan untuk pergi ke New York kerana ada sebuah projek baharu di sana. Tetapi beliau akan berjaya dalam apa pun yang dilakukannya," kata Redknapp mengenai laporan Lampard ke New York, seperti yang dipetik oleh ESPN.

"Satu-satunya orang yang akan diminta Frank bagi mendapatkan nasihat adalah ayahnya. Beliau merupakan seorang anak yang sangat aktif.

"Beliau juga mempunyai kekasih dan mereka mungkin menyukai New York selama beberapa tahun," tambahnya.

Kontrak Lampard bersama The Blues akan berakhir pada 30 Jun ini. Kontraknya tidak dilanjutkan oleh kelab bola sepak itu.

Artikel Lain