suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

David Beckham Beri Bayangan Akan Kembali Bermain

David Beckham. Foto AFP

DAVID Beckham memberi bayangan bahawa beliau mungkin akan keluar dari persaraannya dan kembali bermain bola sepak.

Bekas ketua pasukan England, yang bersara tahun lalu selepas berkhidmat seketika di Perancis untuk Paris Saint Germain, mengakui beliau mempunyai "masa yang sukar" selepas mengumumkan untuk mengakhiri kariernya.

Disiarkan di dalam dokumentari BBC yang baharu bertajuk 'David Beckham: Into The Unknown', pemain berusia 39 tahun itu berkata, beliau telah melalui "satu peringkat menikmati tempoh rehat" tetapi kini terdorong untuk kembali bermain.

Beliau berkata: "Sekarang saya pergi untuk menonton permainan bola keranjang dan, apabila anda menonton atlet bermain dalam permainan kemuncak mereka, bagi saya ia memberikan saya teruja lagi dan saya mahu kembali dalam permainan nanti dan saya mula berfikir untuk diri saya 'Bolehkah saya bermain lagi? Bolehkah saya kembali? Bolehkah saya keluar dari persaraan dan mula bermain lagi?"


David Beckham

Artikel Lain