suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Felda Janji Imbuhan Jika Rangkul Piala FA

Mohd Isa beramah mesra dengan para peserta Penjelajah Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014.
PUTRAJAYA: Imbuhan menanti pasukan Felda United FC jika memenangi perlawanan akhir Piala FA menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata bentuk imbuhan masih belum diputuskan.

"Seperti kebiasaan kalau berjaya tentu ada imbuhan, amalan biasa untuk semua pasukan kalau berjaya akan menerima sumbangan," katanya dalam sidang media selepas jamuan malam meraikan kejayaan wira-wira Kelab Ekspedisi 7 Benua (KE7B) Felda Greenland 2014 di sini Selasa.

Beliau juga mengharapkan kemenangan dan yakin pasukan mempunyai semangat yang tinggi memandangkan ini kali pertama pasukan tersebut mara ke final.


Felda United FC, Final, Piala FA, imbuhan

Artikel Lain