suria

Real Madrid Sediakan £100 Juta Untuk Suarez

LUIS Suarez memberitahu rakan sepasukannya bahawa dia telah merancang untuk terus berada di Liverpool bagi mengetuai kelab berkenaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim depan.

Liverpool pada Isnin menyatakan pengendali kelab tersebut, Brendan Rodgers telah menandatangani perjanjian baharu yang akan mengekalkan kedudukannya sehingga 2018.

Berikutan itu, Liverpool kini telah bersiap sedia untuk melanjutkan kontrak Suarez ke suatu yang lebih baik.

Menurut satu laporan, Real Madrid telah menyediakan perbelanjaan sebanyak £100 juta untuk ditawarkan kepada Suarez bagi menganggu usaha Liverpool menyambung kontrak pemain berkenaan.

Bagaimanapun sumber di Real Madrid memberitahu, kelab itu tidak akan membuat penawaran terhadap Suarez jika Karim Benzema bersetuju menyambung kontraknya.

Penyerang Perancis yang  menjadi sasaran Arsenal itu dilaporkan telah meminta kontrak lebih lumayan dan perjanjian itu dijangka dimetrai sebelum kempen Piala Dunia bermula.

Difahamkan Suarez akan kekal di Liverpool apabila dia dan isterinya telah mendaftar anak mereka di sekolah baharu di kawasan berdekatan.

Liverpool, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain