suria

Ramos Mahu Bersara Bersama Real Madrid

PEMAIN pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos mahu menamatkan kariernya bersama kelab ini dan tidak berminat untuk berpindah.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu dikatakan dalam persediaan untuk menandatangi kontrak baharu bersama Madrid.

Ramos menjadi tulang belakang kepada kemenangan Liga Juara-Juara Sabtu lalu apabila menjaringkan gol penting pada masa tambahan sekaligus membawa permainan ke masa tambahan ketika menentang Atletico Madrid.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit permainan.

Madrid menjaringkan tiga gol dalam tempoh 30 minit pada masa tambahan bagi mencatat keputusan 4-1 sekaligus menjulang trofi selepas kali terakhir merangkul gelaran juara 12 tahun lalu.

Trofi kejayaan tersebut diraikan mengelilingi Madrid pada Ahad malam dan berakhir di Santiago Bernabeu.

Ramos berkata, dia mahu mengakhiri kerjayanya bersama Los Blancos.

"Saya bertuah menjadi sebahagian daripada pemain kelab terbaik dunia ini. 

"Saya tekankan di sini: Saya mahu bersara bersama kelab ini.

"Sejak pertama kali berada di sini, saya bertuah kerana menjadi perhatian penyokong-penyokong. Impian menjadi kenyataan," katanya.

Kali terakhir Ramos menandatangi kontrak bersama kelab ini pada tahun 2011 dan akan berakhir 2017.

Sergio Ramos, Real Madrid, sepanyol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain