suria

Rodgers Sambung Kontrak Dengan Liverpool

BRENDAN Rodger menyambung kontrak jangka panjang bersama Liverpool.

Rodger dianggap sebagai faktor utama kebangkitan Liverpool musim ini, membawa The Reds kembali bersaing dalam Liga Juara-Juara musim depan selepas empat tahun gagal beraksi di situ.

Malah lebih menarik, Liverpool turut menjadi pilihan untuk bergelar juara liga musim ini, namun malang sekali Manchester City lebih bertuah.

"Saya dengan rendah diri menerima tawaran istimewa untuk meneruskan tugas saya untuk membimbing bersama kelab ini," katanya.

Tawaran tersebut dibuat dua bulan yang lalu dan ia sebagai hadiah kepada peningkatan mendadak kelab ini sepanjang dua tahun dibawah bimbingan Rodgers.

"Brendan begitu penting buat kami yang cuba sedaya upaya ketika di padang.

"Musim ini sudah berlalu dan semua orang percaya bahawa dia mampu memberi kejayaan kepada Liverpool dan kami sangat komited untuk bekerjasama," jelas pemilik kelab John Henry.

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai kontrak tersebut tidak didedahkan lagi.

Liverpool, Brendan Rodgers

Artikel Sebelum

Artikel Lain