suria

Rory McIlroy Sebak Umum Perpisahan Dengan Caroline Wozniacki

Rory McIlroy

PEMAIN golf Rory McIlroy hampir-hampir menitiskan air mata apabila dia mengesahkan yang perpisahannya dengan bekas pemain tenis wanita nombor satu dunia, Caroline Wozniacki akan menjejaskan konsentrasinya pada Kejohanan BMW PGA.

McIlroy, 25, berkata: "Saya tak akan menipu di sini...ia adalah situasi yang sangat sukar."

Kedua-dua pasangan yang kelihatan sangat bahagia sebelum ini sudah pun mengedarkan kad perkahwinan mereka kepada para jemputan minggu lalu dan dijadual melangsungkan perkahwinan mereka di New York sebaik sahaja selesai kejohanan Piala Ryder nanti.

Caroline Wozniacki

Bagaimanapun, segala-galanya berubah pada Rabu apabila dia mengumumkan perpisahan antaranya dengan Wozniacki.

"Masalahnya ialah saya...sebaik sahaja kami selesai mengedarkan kad perkahwinan, tiba-tiba saya merasakan saya tidak bersedia untuk menghadapi alam rumah tangga.

"Saya hanya mampu mendoakan agar Caroline menemui kebahagiaan yang dia layak terima dan saya ingin mengucapkan terima kasih di atas tempoh masa kami bersama. Ini adalah keputusan bersama dan kami merasakan ia adalah satu keputusan yang baik untuk kami berdua dan ini adalah masa untuk meneruskan kehidupan dengan haluan masing-masing," ujarnya lagi.

McIlroy menegaskan walaupun konsentrasinya telah terganggu tetapi dia tidak berhasrat untuk menarik diri dari kejohanan BMW kerana telah memberikan komitmen awal untuk mengambil bahagian.

Artikel Lain