suria

Piala Thomas: Malaysia Akan Bertemu Denmark Di Suku Akhir Hari Ini

Rashid Sidek menghulurkan tangan kepada pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei selepas berjaya menewaskan Korea Selatan, malam Rabu. Chong Wei menang 21-17,21-17. -foto AZHAR MAHFOF/The Star
NEW DELHI: Malaysia akan menentang Denmark pada perlawanan suku akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas/Uber Li Ning BWF 2014 di Stadium Siri Fort di sini, Khamis.

"Ia merupakan undi yang sukar tetapi kami akan cuba berusaha yang terbaik untuk memastikan pasukan kita menang. Yang penting, kita akan cuba untuk bariskan pemain-pemain terbaik dan mengalaskan harapan negara," kata jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek kepada pemberita selepas undian perlawanan di sini.

Ketika ditanya mengenai percaturan barisan pemain, Rashid berkata perkara itu akan dibincangkan bersama jurulatih lain.

Perlawanan suku akhir itu dijadual berlangsung pada 6 petang waktu tempatan (8.30 malam waktu Malaysia).

Malaysia menyasarkan untuk melayakkan diri ke separuh akhir Piala Thomas dengan China merupakan juara bertahan.

Sementara itu, China diundi bertemu Thailand, Jepun akan menentang Perancis dan Korea Selatan akan berdepan Indonesia.
Piala Thomas, Rashid Sidek, Denmark

Artikel Lain