Manchester United Beli Toni Kroos £20 Juta Dari Bayern & Luke Shaw £27 Juta Dari Southampton - Sukan | mStar

Manchester United Beli Toni Kroos £20 Juta Dari Bayern & Luke Shaw £27 Juta Dari Southampton

Toni Kroos menjulang Piala Jerman tetapi akan menyarung jersi Man Utd musim depan.

> Arjen Robben Menjadi Sasaran Ketiga Van Gaal

> Mats Hummels dari Borussia Dortmund sasaran keempat

MANCHESTER United telah mencapai persetujuan dengan Bayern Munich untuk membeli pemain tengah Jerman, Toni Kroos pada harga £20 juta dan kini sedang berunding untuk membeli seorang lagi pemain juara Jerman itu, Arjen Robben.

Menurut laporan portal berita Britain, Mail Online, United membuat tawaran itu secara rasmi kepada Bayern selepas menerima lampu hijau daripada pengurus baru mereka, Louis van Gaal.

Kroos, 24, adalah anak didik Van Gaal ketika pengurus Belanda itu menjadi pengurus Bayern empat tahun lalu.

Begitu juga dengan Robben, yang merupakan pemain pertama yang dibeli oleh Van Gaal sebaik sahaja dia menyertai Bayern pada 2010.

Robben yang juga pemain sayap Belanda, menyertai Bayern dari Real Madrid pada harga £20 juta pada 2009.

Pemain sayap berusia 30 tahun itu masih pantas seperti lipas kudung kali ini mungkin dapat dibeli oleh Van Gaal pada harga yang jauh lebih rendah kerana faktor umur.

Pada masa yang sama United juga telah mencapai persetujuan untuk membayar Southampton £27 juta untuk bek kiri mereka, Luke Shaw manakala bek tengah Borussia Dortmund, Mats Hummels kini menjadi sasaran keempat Van Gaal.

Kesemua pemain ini kini berada bersama skuad kebangsaan masing-masing sebagai persiapan ke temasya Piala Dunia di Brazil bulan depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain