suria

Piala Thomas: Malaysia Hampiri Aksi Separuh Akhir

Pasangan beregu negara, Hoon Tien How (kanan) bersama dengan Tan Boon Heong (kiri)menentang pasangan Korea Selatan, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong dalam saingan Piala Thomas Kumpulan C di Stadium Fort, New Delhi pada Rabu. - Foto AZHAR MAHFOF/THESTAR.
NEW DELHI: Malaysia mengambil selangkah lagi untuk menepati sasaran ke separuh akhir Piala Thomas dengan mengelak pasukan pilihan seperti China pada suku akhir selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 untuk menjuarai Kumpulan C di sini hari ini.

Selain Malaysia dan Korea Selatan, pasukan yang mara ke suku akhir ialah Indonesia dan Thailand dari Kumpulan A, Jepun dan Denmark (Kumpulan B) serta juara bertahan China dan Perancis dari Kumpulan D.

Pada perlawanan akhir kumpulan, Datuk Lee Chong Wei menyumbang mata pertama dengan menewaskan Son Wan Ho 21-17, 21-17 sebelum Korea Selatan menyamakan kedudukan menerusi acara beregu pertama.

Beregu negara Tan Boon Heong/Hoon Thien How kalah kepada pasangan Yoo Yeon Seong/Lee Yong Dae dalam straight sets 19-21 dan 19-21.

Pemain perseorangan kedua negara Chong Wei Feng meletakkan Malaysia di hadapan apabila mengalahkan Lee Dong Keun 19-21, 21-17 dan 21-14 manakala beregu kedua negara Tan Wee Kiong/Goh V Shim mengesahkan kemenangan dengan mengalahkan Kim Sa Rang/Kim Ki Jung 21-17 dn 21-19.
 
Selepas memperoleh mata kemenangan, Malaysia memgambil mudah apabila perseorangan ketiga negara Goh Soon Huat kalah kepada Soo Hwang Jong 21-23 dan 15-21.
 
"Kami akan melakukan persediaan untuk menghadapi mana-mana pasukan yang diundi selepas ini," kata Chong Wei.

Undian ke suku akhir dijangka dibuat selepas semua perlawanan peringkat kumpulan selesai lewat malam ini.

Mengenai semangat Liew Daren yang tidak diturunkan untuk perlawanan perseorangan ketiga selepas aksi hambar dalam pertemuan dengan India dan Jerman di peringkat kumpulan sebelum ini, Chong Wei berkata: "Kami tidak menjangka beliau kalah kepada pemain Jerman. Nampaknya tahap keyakinannya menurun."

Bagaimanapun, pengendali pasukan akan terus memberi sokongan dan menyediakan dia untuk saingan suku akhir dan separuh akhir, katanya.
 
"Saya gembira untuk menyumbang mata kemenangan untuk Malaysia. Oleh kerana kami tidak akan bertemu dengan pasukan pilihan utama pada suku akhir maka mudah untuk mencapai sasaran ke separuh akhir," kata Goh V Shem.

Sementara itu, dalam Piala Uber, Malaysia, yang tersingkir daripada saingan suku akhir selepas kalah kepada Denmark dan Jepun dalam Kumpulan Z, akhirnya mencatatkan kemenangan sulung dengan menumpaskan Jerman 5-0 untuk menduduki tangga ketiga dalam kumpulan.
 
"Saya gembira dengan prestasi pemain hari ini kerana sasaran kami adalah untuk menewaskan Jerman. Kami sudah pasti kecewa kerana gagal menepati sasaran ke suku akhir," kata jurulatih perseorangan wanita, Wong Tat Meng.

Beliau berkata masa depaqn skuad wanita negara memang menggalakkan tetapi memerlukan lebih banyak pendedahan seperti Korea Selatan.
Piala Thomas, Malaysia

Artikel Lain