suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Dunia: Jack Wilshere Impi England Juara

PEMAIN tengah England, Jack Wilshere menyatakan telah bersedia dan 100 peratus cergas untuk mengharungi cabaran Piala Dunia di Brazil pada Jun.

Keyakinan pemain Arsenal itu lahir selepas dia berjaya membantu kelab yang diwakili menjuarai Piala FA baru-baru ini.

Pemain berusia 22 tahun itu kembali cergas selepas mengalami kecederaan buku lali ketika mewakili England menentang Denmark pada 5 Mac lalu.

Wilshere kini berada di kem latihan England bagi melakukan persiapan menghadapi saingan sengit.

"Ini adalah pengalaman pertama saya memenangi piala (Piala FA) dan tiada perasaan yang lebih baik daripadanya.

"Saya telah menjalani latihan sejak tiga minggu lalu, dan berada dalam keadaan cergas," katanya.

Jelasnya, dia juga mengimpikan kejayaan buat England pada Piala Dunia kali ini dan akan berusaha untuk membawa pulang piala berprestij itu. 


England, Piala Dunia, Brazil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain