suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Didier Drogba Sah Tinggalkan Galatasaray

BEKAS penyerang Chelsea, Didier Drogba mengesahkan yang dia akan meninggalkan kelab Turki, Galatasaray sekaligus mencetuskan spekulasi yang pemain itu akan kembali bersama Jose Mourinho musim depan.

Drogba mengumumkan keputusannya untuk tidak menyambung semula kontrak dengan Galatasaray melalui laman Instagram.

Pemain berusia 36 tahun itu dibeli oleh Mourinho ketika dia pertama kali dilantik sebagai pengurus Chelsea dahulu.

Hanya dua tahun sudah, jaringan gol Drogba membolehkan Chelsea menumpaskan Bayern Munich untuk muncul juara Piala Eropah buat pertama kalinya dalam sejarah kelab tersebut.

Drogba pada 7 Mei lalu, merangkul Piala Turki bersama Galatasaray selepas menumpaskan Eskisehirspor 1-0.

Galatasaray kini diurus oleh bekas pengurus Manchester City, Roberto Mancini.

Artikel Lain