suria

Bayern Munich Pertahan Trofi Piala Jerman, Tewaskan Dortmund

Bayern Munich mempertahankan Piala Jerman musim ini.

BAYERN Munich terus menjulang trofi Piala Jerman dua tahun berturut-turut selepas menewaskan Borrusia Dortmund 2-0 pada masa tambahan final awal pagi Ahad.

Kejayaan ini sekaligus mencatat rekod ke-17 kemenangan sejak menjuarainya pada tahun 1957.

Penyerang Belanda, Arjen Robben yang menjadi punca kemenangan Juara Liga-Liga musim lalu ketika bertemu Dortmund sekali lagi menjadi menjadi perhatian dengan membuka gol pertama pada minit ke-107 permainan.

Kedua-dua pasukan kelihatan teguh mempertahankan kubu masing-masing sehingga gagal mencuri sebarang gol dalam tempoh 90 minit perlawanan.

Sebelum berakhir masa tambahan, Thomas Mueller melengkapkan kemenangan selesa skuad kendalian Pep Guardiola ini.

Guardiola (depan) dipeluk pemainnya, Franck Ribery selepas berakhirnya final Piala Jerman.


Kejayaan ini memberi kelegaan kepada Guardiola pada musim pertamanya bersama  kelab ini selepas tewas aksi separuh akhir Liga Juara-Juara kepada Real Madrid baru-baru ini.

"Apabila pasukan memenangi gelaran liga, ia sudah menjadi satu musim yang bagus. Namun kami gembira kerana mencapainya hari ini. Ia satu gelaran bermakna," jelas Guardiola.

Bagi Robben pula, ini merupakan musim cemerlang baginya.

"Itu adalah jaringan yang penting bagi perlawanan ini dan saya memang mahukannya. Kini kami di sini menang berganda selepas mengharungi musim yang menakjubkan," katanya.


Bayern Munich, Piala Jerman

Artikel Lain