suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Britain: Nicol Mara Ke Final, Idam Gelaran Kelima

Nicol Ann David

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran kelima Terbuka Britain apabila layak ke final pada Ahad.

Pada pertemuan separuh akhir di Sports Arena, Universiti Hull di England,Sabtu, Nicol bangkit selepas kalah set pembukaan sebelum menyingkirkan pemain tuan rumah Alison Waters dengan keputusan 8-11, 11-5, 11-4 dan 11-2.

Pemain berusia 30 tahun itu, yang menjuarai kejohanan itu pada 2005, 2006, 2008 dan 2012, dijangka menerima tentang sengit daripada pemain pilihan kedua Laura Massaro pada final.

Pemain England yang menduduki ranking kedua dunia itu melangkah ke final selepas mengalahkan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily dari Mesir dengan 6-11, 11-8, 11-4 dan 11-7 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Nicol David, Terbuka Britain

Artikel Lain