suria

Mourinho Berhasrat Bawa Callejon Ke Chelsea?

Jose Callejon. Foto AFP

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho dilaporkan untuk membawa anak didiknya ketika bersama-sama di Real Madrid, Jose Callejon ke dalam pasukannya.

Mourinho yang dikenali dengan gelaran 'Special One' bercadang untuk mengambil Callejon untuk berkhidmat di Stamford Bridge.

Beberapa media Sepanyol melaporkan bahawa Chelsea tertarik dengan pemain Callelon yang kini bermain dengan pasukan Napoli di negara itu.

Mourinho mengakui bahawa cadangan berkenaan disebabkan kualiti pemain berusia 27 tahun, apatah lagi kedua-duanya pernah berkhidmat bersama-sama sewaktu di Real Madrid.

Prestasi Callejon yang masih dianggap baharu di Napoli begitu memberangsangkan. Di bawah pengurus Rafael Benitez, Callejon telah mencatatkan 14 jaringan di semua perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain