Pemain gantian Sevilla, Kevin Gameiro menyempurnakan sepakan penalti penting untuk mengesahkan kemenangan 4-2 ketika perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.
Kedua-dua kelab terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.
Benfica menguasai sebahagian besar perlawanan final di Stadium Juventus itu tetapi kerap kali percubaan mereka disekat pertahanan Sevilla.


