MANCHESTER CITY dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun manakala Liverpool muncul naib juara dan Chelsea menamatkan musim ini di tempat ketiga.
Arsenal berjaya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan tamat di tempat keempat musim ini dan Tottenham Hotpurs pula buat pertama kalinya berjaya menamatkan musim dengan berada di atas Manchester United.
Bekas juara liga itu mengakhiri musim ini di tangga ketujuh, Spurs keenam dan Everton di tangga kelima.
Norwich, Fulham dan Cardiff City tersungkur ke liga bawah.
Berikut adalah kedudukan terakhir Liga Perdana Inggeris yang berakhir Ahad:
1. Manchester City 86 mata
2. Liverpool 84
3. Chelsea 82
4. Arsenal 79
5. Everton 72
6. Tottenham 69
7. Man United 64
8. Southampton 56
9. Stoke City 50
10.Newcastle 49
11.Crystal Palace 45
12. Swansea City 42
13. West Ham 40
14. Sunderland 38
15. Aston Villa 38
16. Hull City 37
17. WBA 36
18. Norwich City 33
19. Fulham 32
20. Cardiff City 30


