suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lewis Hamilton Tawan Litar Catalunya

PELUMBA Mercedes Lewis Hamilton berjaya melakar kemenangan keempat selepas menjuarai GP Sepanyol di Litar Catalunya pada Ahad.

Hamilton mengesahkan kejayaannya selepas meninggalkan rakan sepasukannya, Nico Rosberg dengan perbezaan enam saat.

Lewis Hamilton di atas podium

Pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo yang berjaya berada di kedudukan ketiga pula membuat kemunculan kedua di podium sepanjang musim ini selepas kemenanganya di GP Australia pada Mac lalu dinafikan kerana didakwa tidak mengikut peraturan bahan bakar.

Jentera Hamilton melepasi garisan penamat.

"Saya berterima kasih kepada pasukan kerana kemenangan di Sepanyol. Ia bermakna semuanya untuk saya.

"Secara keseluruhan saya tidak pantas, Nico lebih pantas, oleh itu saya perlu bergantung kepada jurutera untuk membantu mencapai kemenangan.

"Mujur jugalah saya dapat menahannya (Nico) di belakang saya ketika menghampiri garisan penamat," katanya.

Sepanyol, Litar Catalunya

Artikel Sebelum

Artikel Lain