suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klopp Tidak Mahu Dikaitkan Dengan United

PENGENDALI Borussia Dortmund, Jurgen Klopp tidak mahu lagi dirinya dikaitkan sebagai bakal mengisi kekosongan yang ditinggal David Moyes di Manchester United.

Klopp dan jurulatih skuad Piala Dunia Belanda, Louis Van Gaal antara dua calon yang dikaitkan untuk memulihkan United yang hambar sejak 10 bulan lalu.

"Saya gembira bersama Dortmund ketika ini dan tidak terfikir untuk ke United, biarlah saya di Dormund.

"Tidak perlu lagi mengaitkan saya dengan United kerana mereka mungkin akan dapat jurulatih yang lebih baik," katanya yang berusia 46 tahun.

Klopp turut melahirkan rasa kurang selesa dengan gosip berhubung pemindahannya ke United kerana ingin memberi perhatian terhadap perlawanan antara Dortmund menentang Bayer Levekusen hujung minggu ini.  

Manchester United, Belanda

Artikel Lain